Saturday, March 12, 2011

Warkah: Muka 30

Bertahan

Tiba lagi aku kepada situasi ini. Di sebuah persimpangan, dimana pilihan harus dibuat. Nyata pilihan yang diberi jelas. Cuma kehendak hati sahaja, yang kabur. Samar-samar. Begitu kuat kekeliruan hati, seolah-olah hati ini mengeluarkan kabus, dan kabus-kabus itulah yang keluar dan menyelimuti jalan yang dilalui. Sehinggakan di persimpangan itu, penuh kabus. Pilihan-pilihan yang jelas tadi sudah tidak kelihatan lagi.

Maka diri menjadi buntu.

Ikut hati binasa. Itu kata orang.

Tapi akal terlalu pendek kadangkala. Tidak mampu memberi panduan. Akal hanya dengan malasnya berkata, "Ikut saja kata hati". Sedang hati pula tidak mampu menentu, sekadar mendendangkan jiwa dengan lagu-lagu yang damai, tapi hakikatnya runsing.

Situasi makin runcing.

Seperti biasa, pilihan akhir adalah dengan berundur. Lari dari kekalutan sebentar. Duduk dan fikir. Berdiri, berjalan dan berfikir. Apa saja. Asalkan berfikir. Kerana akal itu penting, dan akal perlu dilatih untuk jadi penting.

Namun, bukan semua situasi membenarkan itu. Adakalanya, pilihan yang diberi harus ditentukan segera. Ya atau tidak sahaja jawapannya.

Sekali lagi, hidup bertemu persimpangan. Persimpangan, yang cabangnya cukup banyak. Cukup mengelirukan.

Kali ini, keputusan harus segera.

Jendela dihati perlu ditutup. Jangan dilihat hati lama-lama, takut kabus didalam keluar semula. Biarlah, hati dikata dingin sekalipun. Janji akal ku hangat.

Kelakar. Tatkala pilihan dipilih, ada suara yang membantah. Ada bisikan menggoda.

"Nilai semula pilihanmu"

"Pilihan ini lebih mudah"

"Jalan itu jalan yang malap, tidak meriah"

"Nilai semula, pilihlah aku"

Enaknya bisikan itu, dinginnya suara-suara itu. Teringin aku pergi mengikutnya.

Tapi aku enggan. Dan kini suara itu bertukar. Dari halus menjadi kasar. Dari menggoda menjadi menggentar.

Sakit hati. Tapi ku cuba bertahan.

Senyum. Terus berjalan.

Terus bertahan.




p.s: maaf, merepek.

3 comments:

  1. Jangan pernah ikut kata hati.Nanti rosak diri sendiri.Ikut syariat,insyaAllah selamat.

    p/s: x rasa ni post merepek.GOOD!lg2 part 'Biarlah, hati dikata dingin sekalipun. Janji akal ku hangat'

    like2.hahaha.

    ReplyDelete
  2. alahai, ada juga orang yang perasan! (///.///)"

    ReplyDelete
  3. aa..mana ada merepek pon.. =)
    isi tersirat tu yg penting..walaupun berkias..mesej itu ada..~

    ReplyDelete