Saturday, August 13, 2011

Warkah: Muka 45

Pilihan

Ya Allah, jika benar ini terbaik untukku, maka hapuskan ragu dalam jiwa ini. Ya Rabbi jika pilihanku adalah sebaliknya, berikan aku petunjuk dan jauhkan aku darinya...Hanya padaMu aku mampu berharap. Amin.

Aku yakin keputusan aku tepat. Tetapi ada sahaja angin-angin keraguan berhembus di telinga ini, menyisip masuk kedalam rongga dada ini, melingkari salur-salur di otak ini.

Aku perlukan keyakinan. Barangkali sekiranya aku bertindak, maka keyakinan itu akan hadir.

Insyallah.

Semoga diberi petunjuk.

Amin.


3 comments:

  1. salam.istikharah arep,istikharah.mintk nasihat family.pas2 trus pilih dgn yakinnya & jgn toleh ke blkg lg.all the best!

    ReplyDelete