Wednesday, January 18, 2012

Warkah: Muka 63

Musim Peperiksaan.

Assalamualaikum,




Baru Selasa lepas selesai kertas MCQ (Multiple choice questionnaire) untuk ujian akhir tahun pertama semester 1.

Semester 1...hmm...haha, kelakar pula bila dengar pada diri yang makin meningkat usia ini.

Menarik juga peperiksaan di sini. Untuk semester 1, soalan yang diberikan sebanyak 60 soalan untuk disiapkan dalam masa 60 minit bermakna satu soalan hanya diperuntukan masa selama kurang dari 60 saat.

Kenapa kurang? Sebab nak tulis nama pun makan masa, nak belek kertas dulu, nak betulkan tempat duduk, nak ambik alat tulis, semua tu makan masa.

Paling penting, doa dulu sebelum menjawab. Mohon petunjuk dari Allah.

Tapi rasa tak perlu nak mengadu panjang, syukur sahaja. Dengar kata semester akan datang, soalan MCQ akan jadi 200. Banyak tu.

Lepas ni ada tiga kertas lagi; Essay, OSCE dan Medical Terminology.

InsyaAllah dapat hadapi kertas-kertas tu dengan baik.

Tolong doakan. :)


3 comments:

  1. Salam

    Arepppppppp, all the best!! Semoga dapat MumtazZzzzz!!! InsyaAllah.
    Tolong doakan kitaorang kat sni jgk eah dari bumi kinanah tue. Da separuh mati da ni. huaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  2. As salam,
    Semoga berjaya yea dlm peperiksaan! ^_^

    ReplyDelete